Wasiat
Penulisan Wasiat
MyWishes2u menyediakan perkhidmatan Penulisan, Penyimpanan dan Perlaksanaan Wasiat yang merupakan satu dokumen Undang-Undang secara bertulis yang menyatakan arahan, pelantikan Wasi (Pentadbir Wasiat serta bagaimana aset anda ingin diuruskan selepas kematian). Wasiat ditawarkan kepada Orang Islam dan Bukan Islam dengan harga yang mampu milik. Kami turut menyediakan penulisan wasiat secara asas dan secara komprehensif bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan dalam mendapatkan solusi perancangan harta yang lengkap menurut undang-undang yang dibenarkan.
➤Apakah itu Wasiat?
Wasiat adalah Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati. (Seksyen 2, Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Selangor 1999).
Untuk Bukan Islam, Wasiat adalah dokumen pengisytiharan yang membenarkan seseorang individu untuk melantik Wasi atau Pentadbir dan Pemegang Amanah (termasuk Perjanjian Amanah) untuk mentadbir dan mengagihkan harta dan asetnya kepada benefisiari setelah dia meninggal dunia, dan tertakluk kepada Akta Wasiat 1959.
➤ Bagaimana wasiat ini berkuatkuasa?
Wasiat ini akan berkuatkuasa selepas kematian. Wasi atau Pentadbir dan Pemegang Amanah yang dilantik akan menjalankan tanggungjawab mengikut bidang kuasa yang dibenarkan oleh undang-undang untuk mendapatkan Surat Kuasa iaitu Geran Probet bagi Pentadbiran Pusaka yang Berwasiat.
Kami juga akan melaksanakan Pentadbiran Pusaka simati bermula dengan Pengesahan Aset dan hutang simati, mendapatkan Surat Kuasa, Penyelesaian Hutang Piutang simati sehingga Pembahagian harta mengikut wasiat/ hukum/akta.
Siapakah yang layak berwasiat?
Mencapai umur 18 tahun (21 tahun untuk negeri Sabah).
Orang sempurna akal (waras).
Bertindak secara sukarela dan serta tidak dipaksa.
Tidak dihalang daripada mengurus hartanya.
Apakah kelayakan penerima wasiat?
Penerima wasiat (Benefisiari dan Bukan Waris) yang boleh dikenalpasti serta diketahui dengan jelas.
Penerima wasiat boleh menerima harta yang diwasiatkan menurut Hukum Syarak serta Undang-undang yang berkaitan.
Penerima wasiat mempunyai kelayakan untuk memiliki dan mengurus harta yang diwasiatkan menurut mana-mana undang-undang bertulis.
APAKAH KELEBIHAN BERWASIAT?
Membuat Pelantikan Wasi (Pentadbir & Pemegang Amanah) di dalam Wasiat
Memudahkan pewasiat menyenaraikan harta, waris dan hutangnya
Mempercepatkan, melancarkan dan memudahkan proses pentadbiran pusaka
Menyampaikan hasrat dan pesanan Pewasiat dengan lebih sempurna melalui Dokumentasi yang dibenarkan undang-undang
Mengelakkan Harta Pusaka Terbeku dan tidak dapat diuruskan dengan sempurna
Mengelakkan pergaduhan dan pertelingkahan dikalangan waris-waris
Mengelakkan Pentadbir yang tidak amanah dan menyalahguna kuasa